Kenapa bulu kucing gugur ?

 

Terdapat banyak faktor kenapa bulu kucing gugur…

1. Kutu (fleas)/Ticks/Lices
Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur
Treatment : Gunakan Bio-Spot atau Frontline…sembur pada kucing, ulangi selepas 48 jam..dan ulangi lagi selepas 48 jam. Ini kerana telur kutu boleh menetas dlm 48 jam. Jangan mandi kucing tersebut sehingga seminggu. Sembur juga bilik kucing, carpet jika ada..kerana kutu boleh bersembunyi disini. Tidak berkesan jika kita hanya treat kucing…tetapi beberapa hari kemudian kutu akan datang semula.

2. Fungus

Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.
Treatment : Mandikan kucing menggunakan Malaseb dan beri ia pil anti-fungus.

3. Kekurangan Protein dan Vitamins
Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat…
Treatment : Makanan yang berkualiti (no-meat by products & kandungan garam yg tinggi), makanan segar (raw-ayam & daging), multi-vitamins dan juga brewer yeast

4. Bulu Kering
Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan
Treatment : Pastikan anda menggunakan syampoo mengikut sukatan yang disyorkan, minyak seperti salmon oil boleh membantu.

5. Stress
Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal.
Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.
 

 

 

Apakah kucing Pedigree?

 

Kucing Pedigree adalah kucing baka atau kucing yang mempunyai (piawaian).

 

Kucing ini MESTILAH mempunyai sijil ketulenan yang dikeluarkan oleh badan-badan pengawasan kucing dunia..

 

Contohnya :

The Cat Fancier's Association (CFA), The International Cat Association (TICA), FIFe etc)

 

Di Malaysia, kelab yang bernaung dibawah CFA ialah Feline Society of Malaysia (FSM).

 

Kenapa pilih kucing pedigree?. Kucing-kucing ini telah dibuktikan keasliannya (menerusi genetic) dan ia lazimnya mempunyai genetic yang baik dan tidak membawa penyakit. Kucing Pedigree terdapat dalam 42 baka (CFA)..seperti

Persians, Maine Coon, Norwegian, American Shorthair, Abyssinian dan lain-lain.

 

Kucing pedigree tidak terdapat di pet-shops, Ia hanya boleh didapati oleh pembiak-baka bertauliah (registered breeder)

Seperti www.feliswonder.com , www.catizzadi.com , www.ice-coon.com , www.masmera.com dan banyak lagi mengikut baka.

 

Kucing-kucing yang biasanya terdapat di Pet-shops ialah kucing yang telah bercampur (didalam peraturan kucing dunia, baka tidak boleh dicampur bagi mengekalkan keaslian baka) kucing-kucing ini kita panggil Domestic bulu pendek (Domestic ShortHair (DSH)) atau Domestik bulu panjang (Domestic LongHair (DLH)). Kebanyakan pet-shops ini menipu pembeli dengan mengatakan kucing mereka 'Persian', 'Garfield', 'Maine Coon' dan banyak lagi, tanpa sijil dari CFA, TICA dsb..ia tidak boleh dibuktikan, ia hanya kucing domestic. Malahan harganya mencapai ribuan ringgit!!!, sedangkan pembeli tertipu dengan baka, malahan tidak mempunyai rekod vaccination dan health guarantee.

 

Pembiak-baka yang sah (breeder yang berdaftar dgn CFA contohnya) atau registered breeder hanya akan menjual kucing pedigree yang disertakan sijil.

Mereka akan menyertakan bersama rekod vaksin, health cert. dan juga agreement jual-beli yang dipersetujui bersama bagi mengelakkan mana-mana Pihak tertipu. Contohnya, katalah anda membeli kucing pedigree tersebut, selepas sehari kucing tersebut mati kerana virus FIV. Anda boleh menuntut Ganti-rugi atau kucing lain dari breeder (seperti agreement jual-beli). Sebab itulah harga pedigree lebih mahal..kerana keaslian dan health guaranteenya..ini ditambah dengan makanan berkuali dan penjagaan yang baik.

 

Bolehkah anda mendapat guarantee ini dari pet-shop atau individu tertentu?? Sudah tentu tidak, malahan banyak pet-shops atau individu yang menjual kucing

tidak menitik-beratkan soal penjagaan kucing..kita seringkali melihat kucing didalam sangkar terkurung, berpenyakit, tidak sihat..makanan tidak bersih dsb...kenapa kita mesti support/membeli dari orang sebegini???. Malahan jika kita lihat sesetengah pet-shop menjual kucing mereka dengan harga RM2000 untuk 'Persian' yang sebenarnya hanyalah Domestik Bulu Panjang...sedangkan harga yang sama anda boleh memilikki Persian yang 'original' atau asli. Cuba anda bayangkan, anda membeli kucing berharga RM2000, sudahlah anda tahu bahawa kucing tersebut  bukan pedigree ditambah pula tiba-tiba kucing tersebut mati keesokan harinya, bolehkah anda mendapat ganti-rugi??. Sebab itu saya sebagai CFA Ambassador dan FSM seringkali menulis dan menyedarkan orang-ramai mengenai perkara ini.

 

Tidak dinafikan, kita semua manusia..ada yang baik..ada yang kurang baik..begitulah dengan Pembiak-baka yang registered ini, ada yang mengambil untung berlebihan dengan menjual secara berasingan sijil keaslian atau dengan 'extra charge' ...sedangkan kos sijil hanyalah RM30 dan kalau dicampur dengan kos proses dan pos..tak sampai pun RM100...Namun, ada breeder yang menjual sijil dengan tambahan RM500-RM800. Jadi anda sebagai pembeli, haruslah bijak mengetahui hak anda. Jangan beli kucing pedigree dari breeder seperti ini. Bagi pembiak baka (Breeder) yang mengikut peraturan, mereka akan menyertakan sijil tersebut bersama kucing secara automatic tanpa diminta.

 

O.k kenapa sijil penting?

Harus diingat, sijil ini adalah dari badan kucing dunia seperti CFA BUKAN dari syarikat atau cattery atau Pet-shop mana-mana. Kalau Pet-Shop beri anda sijil mengatakan kucing anda Persian atau sebagainya..sijil tersebut TIDAK SAH!.

 

Sijil penting bagi membuktikan keaslian kucing. Pada sijil terdapat nombor kucing, nama kucing, nama bapa & emaknya, gelaran (jika ada..seperti Champion, Grand Champion dan sebagainya), tarikh lahir dan sebagainya. Anda boleh menyemak dengan CFA (contohnya) untuk mengetahui keturunan kucing anda dan keasliannya.

 

Sijil juga penting ketika anda ingin 'show' kucing anda..anda dikehendaki mengemukakan sijil bagi bertanding dalam kategori Championship, Premiership & Kitten...jika tidak, anda hanya layak bertanding dlm kategori HouseHold Pet, iaitu kucing domestic dan kucing anda TIDAK AKAN memperolehi gelaran Champion dsb.

 

Bolehkah kucing domestic didaftarkan untuk sijil?

TIDAK BOLEH. Ini kerana kucing domestic bukan kucing baka atau pedigree. Ia sama sekali tidak boleh didaftarkan.

 

Bagaimana dengan harga pedigree ?

Harga kucing pedigree lazimnya bergantung kepada quality kucing tesebut.

 

1.       RM 900-RM1800 untuk quality pet

        Pet quality walaupun tetap kucing pedigree namun ia tidak mempunyai kualiti yang diperlukan bagi mencapai tahap Grand Champion/Grand Premier atau sebagainya.


       2. RM 2300-2800 Show quality

            Show Quality merupakan kucing pedigree yang mempunyai kualiti seperi digariskan. Kucing ini lazimnya berupaya menang dan memperolehi gelaran.


        3. RM 3000 upper for top show or breeding

           Top Show ialah kucing pedigree yang mempunyai kualiti yang amat baik dan mampu bertanding dan mencapai tahap yang lebih tinggi seperti Divisonal Winner (Seluruh Asia)

 

·         Harga yang diletakkan hanya sebagai panduan..ia mungkin sedikit berbeza

 

Apabila membeli kucing pedigree PASTIKAN anda mendapat SIJIL KETULENAN (CFA), VACCINATION RECORD, HEALTH CERT. DAN JUGA AGREEMENT JUAL-BELI.

 

So, mahal ker harga-harga ini?. Sebenarnya tidak. Bagi mendapatkan kucing yang berkualiti, breeder terpaksa mengimport kucing yang bagus dari luar Negara yang ada nataranya mencecah harga RM25,000.00!!!...Mereka juga terpaksa memberi makanan berkualiti, menjaga kebersihan, menjaga kesihatan kucing dengan vitamis tambahan, makanan yang baik, vaccination, dewormed dan sebagainya..malahan kebanyakan mereka terpaksa ke luar Negara bagi bertanding untuk melihat sejauh mana kualiti kucing mereka. Jadi harga diatas, tidaklah mahal..dan jikalau dari pengamatan saya saya tidak pernah Nampak breeder yang jadi kaya dengan menjual kucing pedigree. ;)

 

Garfield sebenarnya bukanlah BAKA..ia hanya nama watak kartun..yang dilukis mengikut baka kucing EXOTIC (www.proventuscattery.com – contoh cattery exotic)

 

 

Apa ada di Cat Show?

 

Kategori

 

Di dalam Pertandingan Kucing (Cat Show) anda boleh melihat pelbagai jenis species kucing. Antara baka yang popular di Malaysia ialah Persian, Maine Coon, Birman, begitu juga baka-baka yang menarik seperti Sphnyx (kucing tidak berbulu) dan Siberian (satu-satunya kucing hypo-allergic). Terdapat beberapa kategori kucing yang akan dipertandingkan iaitu :-

 

1. Championship (kucing pedigri yang tidak dikembiri (neuter))

2. Premiership (kucing pedigri neuter/spay)

3. Kittens (anak kucing pedigri 4-8 bulan)

4. HouseHold - Kucing biasa (domestik berbulu pendek) atau campuran berbulu panjang (domestik berbulu panjang). Jika anda mempunyai kucing yang tidak mempunyai sijil, anda juga boleh mempertandingkan kucing anda didalam kategori ini.

5. Feline Agility - Kucing akan diuji dengan halangan seperti terowong, tangga, sekatan dan sebagainya.

6. Junior Showmanship - Anda anda bawah 15 tahun diuji kepetahan dan pengetahuan mereka mengenai kucing yang mereka bela samada kucing domestik atau pedigri.

 

Rings

 

Apabila anda melawat pertandingan kucing, anda akan melihat rings iaitu kawasan dimana hakim akan mengendalikan atau mengadili kucing-kucing tersebut. Sekiranya terdapat 2 hakim, maka akan terdapat 2 rings..samada ianya berjalan serentak atau tidak bergantung kepada jadual pertandingan. Lazimnya pertandingan hanya sehari kecuali ia melibatkan rings yang banyak seperti 6-8 rings.

Anda akan dibenarkan melihat kucing-kucing dari tempat duduk yang disediakan, namun begitu anda dinasihatkan agar tidak terlalu membuat bising (bertepuk dengan kuat) dimana ia boleh mengakibatkan sesetengah kucing menjadi takut dan stress.

 

Setiap hakim akan dibantu oleh 1 atau 2 orang pembantu yang di panggil Ring Clerk(s). Mereka ini ditugaskan mencatitkan markah dan keputusan yang dibuat oleh hakim. Ring Clerk akan dibantu oleh Ring Assistant(s) iaitu sukarelawan/sukarelawi yang mempunyai tanggungjawab menyembur anti-kuman setiap kali pertukaran kucing dilakukan dan kandang rings hakim. Mereka juga kandang-kala akan menghantar keputusan hakim kepada Master Clerk iaitu seorang yang mempunyai tanggungjawab penuh dalam pengurusan permarkahan dan pertukaran atau sebagainya.

 

Pegawai pertandingan

 

Didalam pertandingan kucing juga terdapat pegawai-pegawai yang mempunyai tanggungjawab masing-masing. iaitu :-

a) Show Manager (Pengurus Pertandingan) - Beliau adalah ketua bagi semua pegawai, beliau mempunyai tanggungjawab bagi memastikan pertandingan berjalan lancar dan sempurna begitu juga dengan menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul didalam pertandingan.

b) Show Secretary (Setiausaha Pertandingan) - Beliau mempunyai tanggungjawab menyimpan segala dokumen-dokumen pertandingan dan sebagai pegawai perhubungan dengan CFA.

c) Show Committees (AJK) - Setiap AJK akan diberikan peranan masing-masing bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar.

d) Sukarelawan/Sukarelawati - Mereka akan diberikan peranan masing-masing, antaranya memastikan keselamatan kucing, laluan dan sebagainya.

 

Benching Area

 

Benching area adalah tempat dimana kucing-kucing diletakkan sebelum dipanggil oleh hakim untuk diadilli. Kebanyakan kucing ini sedang berehat, oleh itu anda dilarang daripada menganggu kucing-kucing tersebut. Jika anda ingin memegang atau bergambar dengan kucing-kucing ini, sila dapatkan kebenaran daripada pemiliknya. Mengambil gambar tidak menjadi suatu kesalahan tetapi jika anda ingin menggunakan Flash, sila dapatkan kebenaran daripada pemilik kucing tersebut dahulu.

 

Duta CFA

 

Sekiranya anda ingin bertanyakan sebarang soalan mengenai CFA, pertandingan atau apa sahaja soalan mengenai kucing, sila dapatkan Duta CFA (CFA Ambassador). Lazimnya beliau akan memakai tag tanda beliau adalah Duta CFA.

 

Am

 

Bergantung kepada jenis tajaan, adakalanya tiket masuk adalah percuma atau hanya dalam jumlah yang minima. Anda boleh berjalan sekeliling melihat jenis-jenis kucing yang dipertandingkan di Rings atau pada benching area, namun begitu, sila pastikan anda mematuhi arahan ;

 

a) Tidak mengganggu, menepuk, menjentik  kucing yang sedang berehat

b) Tidak mengeluarkan kucing dari cage TANPA KEBENARAN pemiliknya

c) Tidak menjolok kucing melalui cage dengan pen atau sebagainya

d) Tidak menyembur kucing dengan minuman dan sebagainya

e) Jangan menggunakan Flash semasa mengambil gambar kecuali dengan kebenaran pemilikknya.

f) Menjaga kebersihan

g) Tidak merokok

h) Jangan memberi makan/minum kucing

 

Sekiranya anda membawa anak-anak, pastikan anak anda juga mematuhi peraturan yang digariskan dan sentiasa mengawasi anak anda.

 

 

 

Bolehkah saya menyertainya?

 

Kenapa tidak?? Malahan kami mengalu-alukannya. Sekiranya anda dibawah 18 tahun, borang penyertaan hendaklah diisi oleh ibubapa atau penjaga anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan rebet istimewa, anda perlu menyertai Feline Society of Malaysia (FSM) sebagai ahli.

 

Sekiranya tidak yakin, anda boleh memulakan dengan menyertai pertandingan FUN SHOW atau HouseHold Pet dan kemudian ke kategori yang lebih serius seperti Kittens, Premiership atau Championship malahan anda boleh ke peringkat yang lebih tinggi seperti Divisional Winner.

 

Ramai yang menyertai pertandingan adalah untuk menang, ini adalah kurang tepat. Anda tidak harus meletakkan kemenangan sebagai perkara paling penting walaupun ia bolehlah dianggap sebagai bonus. Ambillah kesempatan menyertai pertandingan untuk mengetahui selok-belok mengenai setiap baka yang dipertandingan dan berkenalanlah sesama peminat kucing serta tukar-menukar fikiran serta panduan antara satu sama lain. Ingatlah, pertandingan kucing adalah untuk minat. Namun begitu, bagi menjaga hak-hak peserta lain, patuhilah peraturan yang telah ditetapkan.

 

Anda boleh mendapatkan peraturan CFA (CFA SHOW RULES) di pautan berikut ; http://www.cfa.org/catalog/pubs.html atau melalui cek ke ;

 

Cat Fanciers' Association
P.O. Box 1005
Manasquan, NJ 08736-0805

 

 

 

Berapa banyak show setahun?

 

Bergantung kepada penajaan. Namun begitu FSM merupakan antara kelab CFA paling aktif, dengan jumlah pengajuran pertandingan antara 6-8 shows satu musim.

Lazimnya diakhir tahun FSM akan mengadakan suatu pertandingan paling besar dengan jumlah Rings sebanyak 8 atau lebih ia digelar MyCATS.

 

 

 

 

Bagaimana saya ingin membeli kucing yg. cantik ini ?

 

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan kucing pedigri ini dari pembiak-baka (breeder) yand berdaftar atau menghubungi FSM untuk nasihat.

Jangan mudah tertipu dengan kedai haiwan peliharaan yang mendakwa kucing mereka adalah kucing pedigri. Pastikan apabila anda membeli kucing pedigri anda akan diberi sijil daripada badan kucing dunia seperti CFA, TICA atau sebagainya bukannya sijil yang dikeluarkan oleh kedai tersebut. Telah ramai peminat kucing yang tertipu dengan membeli kucing campuran dengan harga pedigri.

 

 

 

 

Siapakah anda (FSM)?

 

Kami adalah persatuan kucing yang berdaftar dibawah badan dunia iaitu The Cat Fanciers' Association inc. (USA) iaitu badan yang mempunyai pendaftaran pedigri terbesar didunia.

Selain dari membuat pertandingan kucing, kami juga sering mengadakan seminar dan bengkel seperti bengkel 'grooming' kucing, kesihatan dan sebagainya.

 

FSM juga mempunyai pelan untuk mengadakan kelab kucing dari peringkat sekolah dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

 

 

 

Saya tidak faham format  pertandingan.

 

Jangan risau semua orang bermula dari kosong, lambat laun anda juga akan memahaminya seperti orang lain. Secara ringkasnya ;

 

Terdapat 3 kategori untuk kucing pedigri :-

 

1. Championship

    Kucing yang tidak dineuter/spay yang berusia lapan bulan keatas. Semua kucing akan masuk sebagai 'open' iaitu tidak mempunyai gelaran.

    Semua kucing 'open' perlu mengumpul 4 Winner Ribbon (berbelang biru, putih, merah). Winner Ribbon lazimnya akan diberi kepada kucing yang mendapat ribbon First Place (warna biru)

    yang mana akan diberi kepada kucing terbaik dalam kategori warna setiap jenis kucing.

    Apabila kucing berjaya mengumpul 4 Winner Ribbon ia akan mendapat gelaran 'CHAMPION (CH)'

 

    Kucing CHAMPION akan bertanding sesama sendiri bagi mengumpul 75 markah bagi melayakkan mereka mendapat gelaran 'GRAND CHAMPION (GC)' . Terdapat kaedah bagi mengira

    markah sila lawat laman web  http://www.pandecats.com/x/calculating_grand_points.htm *

 

   Dalam setiap pertandingan, 10 kucing terbaik akan dipilih untuk memenangi rosettes.

 

 

2. Premiership

    Kucing yang telah dineuter/spay yang berusia lapan bulan keatas. Semua kucing akan masuk sebagai 'open' iaitu tidak mempunyai gelaran.

    Semua kucing 'open' perlu mengumpul 4 Winner Ribbon (berbelang biru, putih, merah). Winner Ribbon lazimnya akan diberi kepada kucing yang mendapat ribbon First Place (warna biru)

    yang mana akan diberi kepada kucing terbaik dalam kategori warna setiap jenis kucing.

    Apabila kucing berjaya mengumpul 4 Winner Ribbon ia akan mendapat gelaran 'PREMIER (PR)'

 

    Kucing PREMIER akan bertanding sesama sendiri bagi mengumpul 25 markah bagi melayakkan mereka mendapat gelaran 'GRAND PREMIER (GP)' . Terdapat kaedah bagi mengira

    markah sila lawat laman web  http://www.pandecats.com/x/calculating_grand_points.htm *

 

    Dalam setiap pertandingan, 10 kucing terbaik akan dipilih untuk memenangi rosettes.

 

3. Kitten

    Kucing yang berusia dari 4 bulan ke 8 bulan.

    Semua kitten hanya akan bertanding untuk 10 tempat teratas. Kitten tidak mempunyai gelaran. *

 

* Sila rujuk gelaran Divisional Winner (DW). Iaitu 15 tempat untuk CHAMPIONSHIP, 10 tempat untuk PREMIERSHIP dan 15 tempat untuk Kitten. Anugerah DW diberi kepada semua tempat ini

   bagi sepanjang satu musim. Lazimnya semua kucing akan bertanding keseluruh Division International/Asia Latin bagi mengumpul markah.

 

Bagi kucing bukan pedigri (samada bulu pendek atau bulu panjang), terdapat 2 kategori untuk kucing-kucing ini :-

 

1. Household

    Kucing yang berusia 4 bulan keatas. bagi kucing 8 bulan keatas ia MESTILAH di neuter/spay.

    Household juga tidak mempunyai gelaran. Mereka hanya bertanding bagi mendapat 10 tempat teratas bagi mendapat rosettes.

 

2. Feline Agility

    Ia ialah pertandingan untuk kucing melepasi pelbagai halangan. Ia dikira mengikut masa dan jumlah halangan yang dilepasi.

 

Selain dari kategori-kategori ini, terdapat JUNIOR SHOWMANSHIP dimana kanak-kanak dan remaja akan menceritakan baka kucing dan teknik pemeliharaannya.

Hakim lazimnya akan menyoal soalan-soalan mengenai kucing kepada meraka bagi menguji sejauh mana pengetahuan mereka terhadap kucing.

 

Adakalanya FSM akan menganjurkan pertandingan FUN SHOW (tidak mengikut spesifikasi/peraturan CFA) untuk kucing bukan pedigri. Lazimnya ia akan dibahagikan kepada

beberapa kategori :-

 

a) Dewasa (Jantan) Bulu Panjang

b) Dewasa (Betina) Bulu Panjang

c) Dewasa (Jantan) Bulu Pendek

d) Dewasa (Betina) Bulu Pendek

e) Anak Kucing (Jantan) Bulu Panjang

f) Anak Kucing (Betina) Bulu Panjang

g) Anak Kucing (Jantan) Bulu Pendek

h) Anak Kucing (Betina) Bulu Pendek

 

Walaupun neuter/spay tidak diwajibkan bagi FUN SHOW, Namun begitu adalah disyorkan kucing anda di neuter/spay, malahan adakalanya terdapat hadiah khas untuk

kucing yang di neuter/spay.

 

Kucing anda perlulah mempunyai rekod vaksin, bebas dari Fleas (kutu), Ticks (Kutu babi), Fungus, Lices dan sebagainya.

 

 

Apakah hadiah pertandingan ?

 

Hadiah pertandingan yang diwajibkan ialah Rosettes. Namun begitu, lazimnya show akan ditaja oleh syarikat-syarikat makanan kucing seperti Royal Canin, BlackWood, IAMS dan sebagainya. Jika pertandingan di taja oleh syarikat makanan kucing, lazimnya semua hadiah rosettes akan diiringi oleh makanan kucing.

 

 

Ada berapa banyak baka kucing ?

 

Ramai diantara kita hanya mengenali baka Persian dan Siamese. Sebenarnya, di dalam CFA, terdapat 42 jenis baka kucing yang diperakui dan layak bertanding. Di antara baka-baka ini, ada diantaranya terdapat di Malaysia iaitu; Persian, Maine Coon, Norwegian, Siberian, Siamese, Ragdoll, Abyssinian, Scottish Fold, American Shorthair, British Shorthair, Sphynx, Oriental, American Curl, Birman, European Burmese, Cornish Rex dan Exotic. Pembiak-baka (breeder) bagi baka-baka ini juga terdapat di Malaysia. Jika anda berminat pada baka-baka ini sila email arisham@felinemalaysia.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

I have a longhair cat. Is it Persian?

Thank You for a very good question. I've been talking to hundreds of people who always claimed that their cat is a persian just because they have a long hair and flat face.

Well, I usually ask whether your cats got a certificates either from CFA or any other cat registry body.
And If they say NO, they i said so, your cat must be a mixed with persian or it can be mixed with other breeds, you never know since you cannot trace your cat lines. In cat world, there is nothing as mixed cat, it not permit able, when the cats has been mixed, we will call it DLH (for longhair) or DSH (for shorthair) even though it may look like a persian to you. So its much easier to know whether the cat is pure Persian or DLH by looking at its cert.

Why cert is important? With the cert you can trace back your cat lines, where the parents came from, what the color behind the lines, are they previously having any health or genetics problems and how good is your cat lines. Even though among the persians, the cat registry body have guidelines and standards to find which is better persians. So, all pedigree persians MUST comes with certificates.

O.k, now..can DLH be registered?...NO, simply because its no longer persians, maine coons or whatever breeds that has been mixed. So, if people ask you what breed is your cat? you have to admit it as its a DLH to avoid confusing and cheating people by thought it is a pedigree persian. DLH cannot compete as persians in all cat registry body shows. For CFA, DLH only can be compete in HHP class..which is all for household cats be it longhair or shorthair.

What about is the previous owner said to me that their parents is a Persians?. Well, you need to check their parents certificates. Both sire and dam MUST have certificates, if both have it, then your cat is a Persian and registerable. If you choose not to register your cat, you'll facing the problems in the future when people wants assurance to make sure that they're buying a pedigree persians. Registering not expensive at all, only about $10 or RM30. Some pet-shop sells their DLH for about RM1000-RM1800, which the same price you cat get a pedigree Persians even though its may not a good ones, but it is still a pedigree Persians, so why choosing DLH?

So, are you telling my cat is not good?. No, not at all, as long as you loves your cats, its all that counts. However, there are different kind of judging for both. A Persian is judged by their standards. like how big is their eyes, how flat is their face or small is their ears..this Persians can gain points and achived title to show that their lines is very good or not. While DLH have no written standards, they only been judged simply by their cleaness and  temperament and they can;t achived any title. 

Then, how to know the simplest way whtr my cat is a Persian or DLH?. Simple by having the certificate from cat registry body such as CFA, TICA, FIFe. Without those you cannot claimed you cat is a Persian but it is a DLH, this is to avoid confusing. 

If mixed breeds is not permit able, why petshop selling DLH?. Well, the answer is simple, profit!. You see, to get a pair of Persians might cause you up to RM10,000.00 depends on the quality. The better the higher. So, petshop always go for profit where they bought only one Persian usually pet-quality such like RM2000.00 and bred it with shorthair cat. The result can be a semi-longhair kitten which is DLH and some may look like a Persian itself. They claimed that their cat is a Persian and sells like a Persian price. When the buyer know it, its already too late. Some of the Petshop no longer have their Persian but they use their DLH to bred with DLH. It worse to bred the cats like a father to a daughter and a brother to a sister which not ethical! And just thought, all of this mother have too keep on breeding through the year for profit, while registered breeder usually bred no more then twice a year on the same dam. 

Hope I already answer you. Should you need more info. Do not hesitate to email me.

All the best, and good luck!.

arisham

 

To show NOT to show.

o.k persoalan ini kerapkali berlaku kepada semua peminat kucing...tak kiralah pedigree atau domestik..nak show ker tidak?

Well..saya cuba gariskan beberapa panduan untuk kita renungkan bersama...

pertama, tanya diri...kenapa kita nak show kucing? untuk menang? untuk tunjukkan kucing kita cantik?? erm...itu tujuan yang salah..kita show adalah bertujuan untuk berkongsi hobby...tak kisah sapa menang atau kalah...kerana yang penting kita semua sayangkan kucing kita..jadi kalau anda antara kita yang memandang rendah pada yang kalah...well check back!. kemenangan adalah bonus diatas daya usaha kita..kita boleh berbangga tetapi bukan bermegah.

bagi breeder..mereka show untuk mendapatkan pandangan dari judges sejauh mana mereka telah mencapai standard yang telah digariskan untuk breed tersebut...kerana itu adalah passions mereka.

bagi pemilik kucing pedigree..mereka show untuk belajar,..untuk mendapatkan kemenangan...mereka harus belajar mengenali standard kucing..kemudian..pemeliharaan kucing..kemudian mcmana nak show grooming..last sekali macamana nak control stress/temper kucing masa show..dan seterusnya mengenali baka kucing mereka dengan lebih terperinci.

bagi pemilik kucing domestik..jangan anggap anda second class citizen..bagi saya kucing yang paling manja..ialah kucing domestik (walaupun ada yg garang)..namun kenapa nak show domestik..well for FUN!. Sekurang-kurangnya dengan hadiah yang kita menang..menunjukkan sejauh mana kita telah memelihara kucing kita..dari segi manja, bersih dan sebagainya...this is to reward your cat and yourself.

O.K...now, apa lagi yang kita boleh pelajari di show hall?..selain dari bertukar-tukar fikiran dan ilmu tentang penjagaan, standard dan sebagainya..anda boleh mempelajari tentang baka kucing...di show hall anda boleh melihat pelbagai jenis baka kucing..contohnya, jikalau anda berjumpa saya...saya akan menunjukkan perbezaan antara maine coon, norwegian dan siberian..walaupun mereka dari keluarga yang sama (Forest Cats)..

kalau kita pergi ke show untuk having fun...kenapa ada sampai bergaduh?...well, sikap manusia..tak sama..ada yang memandang rendah kepada orang lain..ada yang memberi anda nasihat dan guidance bagaimana untuk maju dan sebagainya...ada yang iri hati..anda harus bijak memilih kawan..

O.klah...kalau saya tak having FUN?. terpulang kepada anda..kerana show atau tidak adalah hak anda..jangan show kerana terikut orang..show kerana minat..umpama hobby lain..sekiranya anda tak having fun atau kucing anda sendiri tak having fun...time to put a stop...unless u ada motif lain seperti education dsb.

So you decided to show? O.K. Perkara pertama anda harus tahu peraturan CFA (not applicable for FUN SHOW)..anda boleh mendapatkan buku peraturan di pautan didalam laman web FSM.

Kedua, bersedia dari segi mental dan fizikal...tidak semua orang boleh tahan mendengar jeritan, crowded, membawa kucing kesana-kesini tambahan pula ia melibatkan jumlah rings yang besar seperti 6 atau lebih. Jadi anda perlu bersedia. Sekiranya anda kalah, perasaan sakit hati dan sedih juga oerlu dikawal. Jika anda menang, keterlebihan dalam merayakan kemenangan juga perlu kerana ia akan memberi impak terhadap orang lain.

Ketiga, persediaan terhadap kucing...seperti pemakanan agar mereka sihat, vitamins untuk bulu dan sebagainya, kebersihan spt telinga dsb, penyakit spt ear mites, fleas dan sebagainya..anda perlu menangani semua ini sebelum masuk ke show hall. Latihan dari segi 'playful' juga perlu..kerana kucing yang cergas dan jinak sudah tentunya menarik perhatian judges. Lazminya persediaan ini dimulakan sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum show. Sekiranya kucing anda baru menyertai pertandingan, anda perlu membiasakannya dengan bunyi bising, orang ramai dsb..saya selalu membawa kucing saya ketaman didalam carrier bagi membiasakan mereka.

Keempat, mandi...ramai yang kita menganggap kucing tidak perlu mandi! (jangan tertawa, saya menerima berbelas email sebegini)..anda perlu belajar memandikan kucing dengan betul (sila cari panduan saya di laman web FSM)..dan jika mampu, show grooming!...namun show grooming memerlukan syampoo tambahan yang agak mahal..terpulang kepada anda untuk memilih, jika tidak hantar sahaja ke kedai grooming.

Seterusnya, Persediaan pada malam show. Lazimnya ada terpaksa 'fasting' atau puasa kucing anda bermula jam 11:00 malam...ini bagi mengelakkan kucing anda membuang air besar atau terkencing semasa show..ia akan 'ruin' show grooming anda!. Jika perlu, biasakan diri mereka didalam cage atau show tent..bagi mempastikan mereka tidak stress.

Show day...bangunlah dengan semangat waja..dan berjalanlah masuk ke show hall dengan semangat yang tinggi...tidak kiralah anda membawa 'pedigree' atau domestik (HHP) kerana yang penting..bagaimana anda telah menjaga kucing anda..dan anda pastinya memukau semua orang dengan kebersihan dan playful (manja) kucing anda..

Sekiranya anda tidak biasa dengan show hall, anda boleh mendapatkan bantuan dari pegawai pertandingan atau ringankanlah mulut bertanya kepada yang lebih senior (afterall its about making friends rite?), anda perlu mencari tempat anda dengan nombor kucing anda...setelah menjumpai tempat anda, bukalah cage yang disediakan...anda boleh hiaskan sesuka hati jika anda mahu...dan masukkan kucing anda kedalamnya...bisikkanlah kata-kata semangat..dan bersedia...

Baiklah..selepas pegawai pertandingan mengumumkan pertandingan bermula..maka anda perlu bersiap sedia..lihat kucing anda, sekiranya ia perlu disikat atau sebagainya..ingatlah, sedikit sahaja kelemahan ia memungkinkan anda kalah..so, every details counts!.

Apabila nombor kucing anda dipanggil, bawa kucing anda ke 'judging ring'..ingat peraturan yang digariskan antaranya..anda tidak boleh menyebut nombor kucing anda, tidak boleh melakukan sesuatu yang menarik perhatian judge bahawa kucing tersebut kucing anda..

anda boleh duduk di kerusi yang disediakan dan tunggu giliran kucing anda di hakimi oleh judge..beri perhatian kepada komen judge..kadang-kala anda mungkin dipanggil oleh judge sekiranya terdapat sebarang masalah atu komen khas dari judge.

anda juga boleh berjalan-jalan semasa menunggu giliran anda..ambillah masa berkenalan dengan seberapa ramai peminat kucing lain yang boleh..ingatlah! setiap orang mempunyai pengetahuan yang berbeza..seseorang yang cemerlang mempunyai lebih dari satu 'mentor'.

Namun, jika mereka terlalu sibuk, mungkin anda kurang dilayan..tidak mengapa..banyak lagi masa lain anda boleh berinteraksi. Anda juga boleh bertemu dengan CFA Ambassador bagi mendapatkan pelbagai maklumat show atau sebagainya. Tidak semua exhibitor akan membenarkan anda memegang kucing mereka..ini kerana mereka takut 'show grooming' mereka akan rosak..fahamilah..bukannya mudah dan senang bagi mereka menyediakan kucing mereka..namun, sekiranya anda dibenarkan, anda perlu 'sanitize' tangan anda bagi mengelakkan sebarang transformasi virus atau fungus.

selepas selesai judge kesemua kucing dalam kategori tersebut, judge akan memilih 10 kucing terbaik kategori anda..sekiranya anda terpilih, tahniah! jika tidak, anda harus menunjukkan 'good sportmanship' dengan menepuk tangan tahniah kepada kucing lain yang menang..


Rosettes akan diberi kepada pemenang

selepas selesai pertandingan, ambillah masa menolong pegawai pertandingan mengemaskan show hall...ingatlah mereka juga 'volunteer' seperti anda..so, apa salahnya menolong seberapa yang boleh..atau setidak-tidaknya kemaskanlah cage dan tempat anda sendiri.